FINAL BATTLE
ALHAMDULILLAH TSUMMA ALHAMDULILLAH,
Bersyukur akhirnya habis jugak aku punya paper (harap aku tak masuk dah exam hall nanti, insha Allah semalam last untuk degree) semalam 18/6/2016 , perasaan 15 minit nak habis waktu exam Introduction to the earth, tak boleh nak kata eksited punya feeling tu. Allah memudahkan urusan aku sepanjang berada di-UM selama 4 tahun.
Korang tahu 4 tahun bagi aku sangat cepat untuk di ingat, terlalu banyak aktiviti yang aku sertai. semua mengajar aku erti tanggungjawab, penyabar dengan ahli kumpulan yang macam-macam ragam, dan paling penting aku dapat ramai kawan. (harap aku graduate bukan sahaja dapat scroll tapi turut dapat kekawan yang sentiasa bersama susah senang).
Aku belajar kat UM bukan sekadar pelajar, aku also join pasukan latihan pegawai simpanan atau PALAPES, apa yang best jadi ahli PALAPES korang akan rasa diri korang bukan diri korang yang dulu, pemalu, tak reti bergaul, pincang, tak kuat mental, mudah nanges, rasa semua menda korang buat korang tak layak, dan macam-macam sifat negatif korang tu akan hilang hampir 99.99% hilang dan korang transform 360 degree was changes. korang akan rasa tanggungjawab terhadap diri dan kawan dalam membentuk disiplin diri, sebab kalau dah korang sertai badan beruniform pasti perkara paling utama DISIPLIN dan RASA TANGGNGJAWAB korang pada diri dan kawan. sebab saya kata benda alah ni kerana kitorang kalau seorang buat hal jadi rosaklah satu pasukan kena guling, melompat, berlari. ni bukan masalah dari korang tau, tapi masalah dari pasukan korang yang ragam macam-macam. jadi kat sini nak point yang setiap tempat atau ceruk mana kau pergi, kau pasti dan pasti akan jumpa kawan-kawan yang pentingkan diri like hell (time ni baik ko pilih kawan yang betul yang boleh bagi nilai positif kat kau, kalau tak memang lingkuplah niat kau nak habiskan masa dengan pengalaman berharga, sebab mental koyak beb kalau kawan macam haram perangai).
Sebenarnya hidup kau apabila menjejak kaki ke alam Universiti apa yang paling penting sikap mandiri korang, macam mana korang nak bina diri kat tempat orang (sebab aku orang terengganu belajar kat kuala lumpur, jauh kot beza makanan sini ngan kampong walaupun masih ada masakan yang ala-ala nama sama tapi rasa memang pusing roda bezanya). Survival kat tempat orang sangat beza dengan tempat kita, ni di Malaysia lagi, buatnya dapat fly over the sea? lagi haru kau punya cultural shock tu. Asas utama kita kat tempat orang adalah NIAT, niat kita berhijrah tu kenapa? dengan niat hati akan terdorong kearah itu, kedua KAWAN, ya tak dinafikan yang tahun pertama semua pelajar (Universiti Awam Malaysia) akan mendapat tempat tinggal dalam kampus, jadi kawan paling rapat rakan sebilik. Di sini nilailah balik kawan yang bakal hidup sebagai keluarga kedua kita selama 3/4 tahun di perantau, sebab kawan memainkan peranan penting untuk memandu kehidupan baru sebagai Mahasiswa/i di Universiti. Ketiga, CLUB, sure persatuan sangat penting untuk kau punya soft skill developing, sebab dengan bersosial kau akan dapat banyak network semasa belajar dan selepas belajar, bina network yang baik dengan orang-orang yang lebih senior dari korang, curi dan dapatkan sebanyak mungkin tips dari pengalaman mereka hidup di Universiti, CLUB kat sini tak semestinya yang official club yang famous amos (tapi kalau kau dapat survive dengan belajar is ok) tapi dengan join USRAH atau majllis-majlis ILMU pun bagus, sebab kat sini kau akan jumpa ramai rakan-rakan yang positif. Ke empat KURANGKAN MELEPAK TAK TENTU PASAL DEKAT SHOPPING MALL, ni sangat-sangat tak digalakkan, kau walau anak orang kaya sekalipun jangan lah asyik pergi shopping mall, nanti kau akan bazir masa dan sure niat kau, persatuan kau, sukan kegemaran kau akan kelaut, walau kau dapat kawan satu kepala melepak kau akan rugi sebab tak bertambah kawan yang boleh susah senang jatuh bangun dengan kau. Aku tak cakap pergi shopping complex xboleh langsung, aku pun pergi cinema makan kat mid valley, tapi se-eloknya limitkan masa, kalau boleh satu sem tu 3 kali je melepak kat wayang (kalau kurang lagi bagus).
Kat atas tips untuk social enggagement, untuk study pertama sekali juga NIAT, niat utama kau pilih butang terima dekat web KPT, pasti kau aim untuk graduate dengan hati senang. Kedua, hubungan sesama dengan pensyarah, ketiga no last minute esaimen, ke empat nota sendiri kena ada walau nota pensyarah dah cukup dan terakhir score dalam test dan esaimen.
Tu jelaaa aku nak share walau banyak jugak aku tak dapat buat masa belajar dulu. Rasa rugi gila, so, aku tak nak korang pun rasa benda yang sama lepas habis. Lebih elok korang ambil kertas dan korang tulis OBJEKTIF, TARGET SEBELUM GRAD dan CHECK LIST korang sebelum last paper final year, berapa banyak target tercapai. Mesti perasaan bangga dan puas akan korang capai. Jadi, SELAMAT MAJU JAYA hidup kat tempat orang.
Saturday, 18 June 2016
Monday, 6 June 2016
KEHIDUPAN
Melihat dari sudut kebebasan, sudah tentu mereka-mereka dan aku seringkali terketuk dik kehidupan sosial pada abad kini. Manakan tidak, segala kebebasan tidak perlu lagi dilakukan secara fizikali, andai di jari dapat di gapai erti kebebasan.
Ramai diantara kita melihat kebebasan itu adalah kehidupan, apabila segala yang di ingini dapat dipenuhi. Aku terfikir, adakah Kehidupan pada erti manusia adalah kepuasan pada hati keselesaan pada diri? sudah mencukupi untuk di nilai bagaimana perjalanan kehidupan manusiawi yang hanya mewarnai kehidupan hanya dengan kepuasan nafsu semata.
"The man that decided to change on 12th Hour died on 11th- Hlovate", Bagaimana pula andai kehidupan yang dilakar, tidak dapat dicapai pada rajah yang telah dirancang. Adakah bermakna seseorang itu tidak berjaya dalam misi "kehidupan" mereka didunia?
Kehidupan ada makna yang tersendiri pada setiap individu peribadi, yang mana aku dan kau tidak akan pernah sama dalam meletakkan nilai kehidupan. Ya, mugkin ada setitik cuma persamaan itu, andai begitu pemikiran kita hampir serupa biarpun hanya kebetulan. Usah dihujah akan persamaan, tetapi nilailah apa yang bakal ditunjangi dalam nilaian kehidupan insani.
Kehidupan bagi insan seperti aku melihat, apabila kau ada "sesuatu" yang dicintai kau memberi tanpa rasa kehilangan apa yang kau beri, bukan pada ucapan tapi pada hati. Setiap hati ada ketenangan, andai belum dirasa, engkau belum lagi mewarnai kehidupan. nialailah kehidupan pada hati, bukan pada kesenangan hati. Menyenangkan hati hanya sementara andai kekecewaan terusan menerjah. andai hati mencapai ketenangan, itu mungkin kebahagiaan di hadapan. Hakikat diri hanya hamba mohonlah pada ALLAH sang pemilik sanubari. Hati bukan semata cinta duniawi, tetapi kesan ukhrawi paling di ingini setiap insani.
Kehidupan ini terlalu singkat,
Warnai dia dengan berkat,
Andai diri terlalu mendesak,
Usah dilihat apa yang terpasak,
Cari lah fajar dengan air mutlak,
Dengannya kehidupan tersusun kelak,
Sujud menyembah membuka tenang,
Menyusun perjalan di hari mendatang,
Kita hamba hakikat singkat,
Dipersisir jalan mencari berkat.
Aku Hanya Aku, dan Kau Juga Sama, Mencari Nilai dalam Kehidupan.
Subscribe to:
Posts (Atom)